Sulatus al-Salatin : Mengapa Raffles sanggup pertaruhkan nyawa untuk memilikinya?

0 comments


Pakar sejarah terkemuka Eropah, Profesor Dr. Edward Hallet Carr dalam bab pertama bukunya, What is History (1980), menyatakan “ Hampir kesemua fakta yang diketahui tentang sejarah telah dipilih terlebih dahulu untuk kita oleh orang-orang yang mempercayainya dan mahu orang lain juga mempercayainya.”

Bertitik tolak daripada hujah itu, maka pengkaji sejarah negara ini percaya bahawa koleksi karya agung Melayu seperti Sulatus al-Salatin (Sejarah Melayu) yang ditulis oleh Tun Seri Lanang pada 1612 tidak layak diangkat sebagai teks sejarah. Ini kerana, hampir kesemua faktanya dipercayai dipilih terlebih dahulu untuk memperbesarkan kedudukan empayar Kesultanan Melayu Melaka.

Natijahnya, di peringkat sekolah, karya agung Sejarah Melayu (Versi Shellabear) hanya layak diajar dan diteliti dalam mata pelajaran Kesusateraan Melayu di tingkatan enam aliran sastera.

Karya agung Salatus al-Salatin ini dianggap “terkeluar” daripada kajian teks sejarah untuk diajar di sekolah. Apatah lagi karya hikayat seperti Hikayat Hang Tuah yang dianggap epik semata-mata.

Namun persoalannya, benarkan koleksi karya agung Melayu yang menceritakan asal usul bangsa Melayu ini hanya layak dikategorikan sebagai teks sastera tradisional?

Jika benar dakwaan ini, mengapa Raffles sanggup mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan Sulatus al-Salatin ketika kapalnya dibakar pada 1826 bersama-sama ratusan naskah Melayu? Adakah Raffles bertindak demikian kerana beliau terlalu taasub untuk meneliti dan mengkaji “keindahan” laras bahasa sastera yang digunakan dalam karya agung itu?

Mengapa hingga sekarang, pemerintah negara ini masih gagal mendapatkan versi Sulatus al-Salatin Naskah Raffles Malay 18 yang tersimpan di Royal Asiatic Society, London atau Sulatus al-Salatin Cod. Or. 1704 yang tersimpan di Universiti Leiden, Belanda?

Mengapakah sebuah karya lama di negara asalnya hanya bertaraf teks sastera tradisional begitu diselindungi dan dikawal ketat oleh bangsa lain yang berjaya mencurinya?

Lebih aneh lagi, mengapakah pakar sejarah dan arkeologi Eropah menemui pelbagai artifak dan monumen berharga milik bangsa Melayu hasil petunjuk yang tercatat dalam Sulatus al-Salitin Naskah Raffles Malay 18?

Kita pastinya menjawab semua persoalan ini dengan satu jawapan mudah : kerana Sulatus al-Salitin hanyalah naskhah sastera tradisional Melayu. Adakah jawapan ini masih sesuai kepada anda selepas membaca pendedahan ini? Fikirkanlah..

Diskusi Ekonomi : Mengapa kita perlu kuasai dan peduli?

0 comments

Penulis teruja untuk mengetahui kajian ilmu berkaitan ekonomi dan isu yang berlegar di sekitarnya lantaran pendedahan di Sekolah Pemikiran Muda (SPM). Kredit kepada penggerak SPM. Ilmu yang hadir ke jiwa mendedahkan kepada penulis bertapa dasyatnya pemikiran liberal kapitalisme menghilangkan sifat kasih sayang sesama manusia. Permasalahan ini makin melarat apabila digunapakai oleh seluruh negara di dunia ini.

Biarpun penulis bukanlah mahasiswa kelulusan ijazah Ekonomi, namun kepentingan mengetahui selok-belok berkaitan ekonomi amatlah penting di zaman ini. Jika kita mengabaikan samalah kita seperti “katak di dalam gelas kaca”. Diberi peluang untuk mendapatkan maklumat tetapi hanya suka dan lebih berminat untuk tunggu dan lihat, sedangkan hakikatnya dia dalam kesusahan.

Pendahuluan

Dalam ucapan perbahasan Belanjawan 2010 pada 27 Oktober yang lalu oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menekankan perkaitan 3 elemen yang penting dalam belanjawan sebuah negara iaitu pertanian, industri dan perdagangan.

Antara ucapannya TGAHA menekankan peri penting sesebuah negara mengusahakan pertanian untuk memenuhi keperluan negara. Perkara ini juga penting sebagai plan bertindak yang bukan sekadar mencakupi keperluan negara tetapi dapat membantu negeri-negeri yang mengalami bencana alam.

Peruntukan yang besar dilakukan oleh negara maju seperti Amerika Syarikat, britain, Jepun, Perancis dan Jerman menjalankan pertanian secara menyeluruh untuk memastikan negara mereka stabil dan mengelak menjadi negara peminta sedekah kepada negara lain.

Laporan Audit Negara : Kesan aplikasi Ekonomi Barat

Kesan aplikasi kapitalisme terhadap ekonomi di Malaysia telah memberikan impak besar sehingga menyababkan riba’ berleluasa, monopoli bermaharajalela serta sogokan merata tempat.

Akhirnya Laporan Audit Negara baru-baru ini telah membuktikan keabsahan impak secara fakta yang tidak dapat dinafikan. Maklumat berkaitan laporan audit ini didapati artikel Business Times Singapore. Betapa negara jiran kita, Singapura memerhati secara serius berkaitan maklumat Audit Negara Malaysia. Beberapa data itu ialah:

a) Seorang perunding yang diberikan gaji yang terlalu tinggi sebanyak RM 121,000 untuk menyiapkan dewan orang ramai di Kota Belud, Sabah yang siap pada tahun 2005 tetapi kini perlu dibaiki dan tidak dapat digunakan sepenuhnya.

b) Syarikat PRASARANA yang bertanggungjawab meningkatkan pengangkutan awam di sekitar Lembah Kelang mengalami kerugian lebih 20 juta. Syarikat yang beroperasi sekitar 3 tahun lepas yang dibawah Timbalan Menteri Kewangan, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop didapati membeli bas yang berkualiti rendah dan membeli tanah yang terlalu mahal di Cheras. Akhirnya, kerugian terkumpul bagi syarikat dibawah kementerian ini sejak 2005 hingga 2007 ialah 833 juta !

c) Laporan Ketua Audit Negara juga mencatatkan seorang kontraktor yang diberi gaji paling tinggi sebanyak hampir 20 juta untuk membangunkan sebuah taman laut di Selangor. Kini, apa yang terjadi dengan taman laut ini?

Penulis membaca karya editor sebuah majalah yang melobi dan memuji Perdana Menteri yang meleraikan pemilikan rumah pangsa DBKL dengan tawaran 44 146 unit rumah dengan harga RM 21 500 hingga RM 35 000. Pada rakyat, harga rumah ini tersebut berpatutan dan pemerintah sangat bermurah hati. Penulis bertanya, bagaimana dengan gaji seorang kontraktor yang mencecah RM 24 juta hendak berbandingkan harga seunit rumah? Berbaloi kah?

Pembaca juga menganalisis ucapan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berkaitan Laporan Audit negara ini dengan mengambil tindakan akan diambil sama ada dalam bentuk pengadilan atau sekatan disiplin kerajaan. Kemudian beliau menyebut :

“Jika tidak, kita akan menyaksikan perkara yang sama ada dalam Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun,”

Seriuskah Perdana Menteri kita berkaitan laporan audit ini dengan hanya sekadar melantik Tan Sri Sidek Hassan menerajui kajian laporan ini?

Krisis Ekonomi Dunia : Kesan terhadap Amerika Syarikat dan pengajaran di Jepun

Sukalah penulis hanya memberika fakta suntingan yang boleh pembaca teliti untuk dapatkan maklumat secara ringkas dan cepat.

Amerika Syarikat

a) Majalah perniagaan popular di New York, The Economist pada 4 Oktober 2008 telah memaparkan kenyataan Sarkozy yang berkata bahawa ideologi laissez-faire Amerika Syarikat seperti yang diamalkan mengalami krisis suprima baru-baru ini terlalu bahaya.

b) Perkataan yang sensitf mungkin mengejutkan Amerika Syarikat pada masa biasa, tetapi kini, bahkan Parti Republikan mula membincangkan terma “pemiliknegaraan”.

c) Bekas Pengerusi Rizab Persekutuan, Alan Greenspan yang selama ini mempercayai ideologi pasaran bebas, berkata campur tangan kerajaan merupakan satu-satunya alternatif yang ada untuk mengubal dasar tatkala Rumah Putih masih berpegang teguh pada pembankan yang dimiliki oleh pihak swasta adalah betul.

d) Beberapa penerbitan majalan di Amerika Syarikat mula mengetengah perdebatan tentang sosialisme seperti Majalah Atlantic dan The National Review mengatakan Obama sosialis manakala The Wall Street Journal menafikan beliau sosialis.

e) Sementara The New York Times melalui beberapa makalah mengemukakan pandangan yang berbeda. Ada yang menganggap Obama beliau demokrat sosial dan bukannya sosialis dan ada juga yang menganggap Presiden Amerika ini dalam perjalanan sosialisme.

Walaupun apa pun ideologi sebenar Obama, sosialis atau bukan sosialis, atau demokarat sosial nampaknya sosialisme yang tewas lebih satu dekad bangkit semula akibat krisis ekonomi global!

Jepun

a) Kemenangan Part Demokratik Jepun (DPJ) dalam pilihanraya pada 30 Ogos lalu ada berkaitan dengan krisis ekonomi yang melanda Jepun.

b) 2 hari sebelum pilihanraya kadar pengangguran di Jepun meningkat 5.7 % daripada 5.4 %.

c) Kadar eksport Jepun juga menurun sebanyak 36.5% berbanding tahun lepas. Eksport dua negara rakan perdagangan juga menurut iaitu China sebanyak 26.5% dan Amerika Syarikat susut 39.5%.

d) Penganalisis politik Jepun di Universiti Colombia, Gerald Curtis, menyifatkan Parti Demokrat Liberal (LDP) sebagai “mesin buruk” selepas Perang Dunia Kedua apabila gagal memenuhi keperluan rakyat.

Lihatlah betapa besarnya kesan ekonomi terhadap parti politik yang berkuasa selama 54 tahun digulingkan. Keberanian rakyat Jepun menonjolkan kesedaran politik yang tinggi berbanding pilihanraya yang lalu apabila mencatatkan 104 juta orang atau 70% rakyat keluar mengundi. Jumlah ini merupakan yang tertinggi sejak pilihanraya pada 1990.

Penguasaan Ekonomi bagi Bumiputera satu Fantasi?

Tempohnya sudah 19 tahun tetapi hanya mampu menguasai 19% pemilikan ekuiti bumiputra di Malaysia selepas Dasar Ekonomi baru (DEB). Itulah ayat permulaan penulis sebelum memberikan fakta berkaitan penguasaan bumiputera terhadap ekonomi negara. Percayalah bahawa populasi kaum bukan bumiputera 37% telah menguasai lebih 40% ekuiti ekonomi negara. Benarlah kaum bumiputera ketinggalan jauh kebelakang.

a) Bagi pemilikan syarikat, bumiputera hanya menguasai 20.3% berbanding 75.7% dikuasai oleh kaum bukan bumiputera. Bakinya dimiliki rakyat asing dengan menguasai 4%.

b) Untuk pemilikan bangunan komersial tetap dimonopoli oleh kaum bukan bumiputera sebanyak 83.3% berbanding penguasaan bumiputera sebanyak 11.7% sahaja.

c) Jurang ekonomi yang paling ketara ialah dari sudut sektor pekerjaan pengurusan tinggi dengan peratusan tertinggi dimiliki oleh kaum bukan bumiputera sebanyak 73% berbanding bumiputera 14% dan rakyat asing 13%. Lihatlah potensi peratusan rakyat asing mampu mengalahhkan peratusan bumiputera tidak lama lagi!

d) Berhubung dengan statistik pengangguran, peratusan ini dikuasai oleh kaum bumiputera sebanyak 73.3% berbanding dengan kaum bukan bumiputera sebanyak 26.7% sahaja.

e) Data yang wajar diteliti berkaitan pendapatan si rumah secara purata bagi kaum bumiputera ialah RM 2711 berbanding kaum Cina RM 4435. Purata pendapatan kaum India pula RM 3456 mengalahkan purata pendapatan kaum bumiputera. Apa sudah jadi?

f) Secara keseluruhannya, 76% kaum bumiputera berada pada tahap sosioekonomi paling rendah berbanding 23.3% kaum bukan bumiputera.

Menerusi data yang dikeluarkan, adakah anda selesa dengan penguasaan ekonomi oleh bumiputera sekarang? Berpuashati? Bukanlah penulis mengeluarkan data untuk menimbul sifat perkauman. Hanya untuk menyedarkan rakyat Malaysia khusunya Melayu yang masih buta dengan maklumat ini. Lihatlah dengan mata hati, anda akan menemui kebenarannya.

Inilah hasil analisis ringkas daripada penulis. Mungkin usaha sedikit ini mampu memberikan makna dalam kehidupan anda seharian.

Nasihat kepada diri

2 comments




Menjadi kebiasaan penulis menulis artikel berkaitan isu semasa dan lontaran yang kritikal untuk diskusi bersama teman-teman. Mungkin disebabkan penulis menjadikan facebook sebagai utama berkongsi idea dll menjadikan blog peribadi agak bersawang sejak ke belakangan ini. Sedikit coretan untuk hari ini

Penulis berkesempatan untuk memperkemaskan rambut untuk ke temuduga yang berlangsung pada keesokkan paginya. Ada sedikit pengajaran yang disampaikan oleh pengunting rambut. Perbualan ini bermula apabila penulis duduk di kerusi untuk menggunting rambut. Ikuti perbualan ini ( menggunakan bahasa perbualan sebenar) :

PR : Penggunting Rambut
Z : Zali ( Penulis )

PR : Eh, kenapa gunting rambut malam? Selalu petang..

Z : Oh.. esok ada temuduga, rasa rambut panjang.. guntinglah kat sini.

PR : Patutlah, kalau dah berjawatan dan kaya jangan lupe orang kat sini yea.

Z : Yea, insyallah.. saya kan peminat gunting rambut kat sini. Haha

PR : Cuma nak ingatkan, semua benda boleh beli dengan wang tetapi tidak boleh beli kebahagiaan. Aku yang gunting rambut ni pun rasa bahagia dengan isteri dan anak. Mungkin kebahagiaan ini tidak dapat mereka yang sibuk mengejar harta. Betol tak?

Z : Mmm.. betul tak dapat dinafikan. Isteri abang tinggal kat sini?

PR : Sebulan kat sini, bulan depan kat Pattani.. Minggu ni anak aku ambik suntikan kat sana.

Z : Ooo kenapa tinggal sebulan kat sana? Bukan kat Malaysia banyak kemudahan ke?

PR : Inila aku nak bagitau kau, aku rasa anak aku tak selamat dibesarkan kat sini. Kau sendiri pun nampak kan? Memang ada member aku kata aku bodoh lahirkan anak aku kat Pattani, kenapa tak lahir di Malaysia.. dapat kemudahan belajar, beli rumah…

Z : Kenapa bang?

PR : Apalah gunanya kemudahan yang ada jika anak kita nanti kurang ajar pada orang tua.. Apalah gunanya hidup mewah jika anak kita tiada akhlak.. itulah sebab aku biarkan anak aku dilahirkan di sana.. Biarlah kampung jadi tempat dia bermain… aku takut nak besarkan anak aku kat sini

Z : Oic.. pe bezanya besarkan anak di Bandar dengan kampung?

PR : Banyak pulak ko bertanye… Aku bagi satu contoh.. gengster-gengster kampung pun diorang hormat orang tuan, ustaz.. kalau kat sini dah tak ingat dah main balon je budak-budak zaman sekarang.. Ok rambut kau dah siap..

Z : ohh .. tak sedar pulak.. terima kasih bang… ni duitnya

Jam 10.30 malam penulis keluar dari kedai gunting rambut itu.. dan penulis merupakan orang terakhir apabila pintu besar kedai dikunci. Terima kasih kepada nasihat daripada brother gunting rambut. Lihatlah betapa takutnya seorang ayah membiarkan anaknya membesar di bandar kotaraya.. dan betapa bersyukur dan bahagianya si dia apabila bahagia dengan kehidupannya sekarang..

Kata-katanya tergiang-ngiang di kepala.. Berputar-putar.. harap berjayalah temuduga esok..

Filem Kontoversi Gay “...Dalam Botol” impak yang boleh diramalkan.

2 comments


Pendahuluan

“Dalam Botol” merupakan sebuah filem yang mengisahkan kehidupan umat manusia yang mengamalkan hubungan sejenis lelaki sama lelaki (gay). Filem ini akan menjalani pengambarannya pada 6 Disember akan datang. Wan Raja dan Arja Lee telah dipilih sebagai pelakon utama dalam satu undian yang di buat memalui SMS oleh portal hiburan murai.

Penulis bukanlah pelajar filem, pelakon lagikan pengarah filem. Cuba sekadar memberikan pandangan berkaitan industri perfileman negara. Namun, kebimbingan penulis adalah pembikinan filem ini akan diteruskan oleh pengarahnya Khir Rahman bekas graduan ijazah Sarjana Muda Seni Layar dari UiTM Shah Alam. Beliau mengantikan 2 pengarah yang menarik diri iaiyu Shadan Hashim dan Osman Ali. Walaupun gemuruh mengarahkan filrm gay ini, Khir Rahman akan meneruskan usahanya itu.

Sedikit lontaran, pandangan peribadi dan ulasan daripada penulis ialah berkaitan filem ini ialah :

a) Filem ini mengiktiraf golongan gay di Malaysia.

Penerusan pembikinan filem ini secara lansung mengiktiraf golongan gay sebagai sebuah komuniti masyarakat Malaysia. Ia bertepatan sebagai satu langkah supaya rakyat Malaysia dapat menerima golongan gay seperti ini. Lihat sahajalah pengiktirafan golongan gay di Amerika Syarikat diiktiraf oleh kerajaan mereka dan implementasi ini hendak dilakukan di Malaysia.

Sebelum ini, Malaysia telah pun berjaya membuat filem pendek golongan gay yang bertajuk “comolot” Sila klik (comolot) untuk saksikan filemnya dan usaha ini diteruskan dengan pembikinan “.... Dalam botol”. Pembikinan filem ini klik (.. dalam botol ). Atas permintaan yang ramai, pasaran cuba memenuhi permintaan ini walaupun ia melanggar nilai norma kehidupan dan ajaran agama Islam.

b) Mudarat lebih banyak daripada kebaikan

Khir Rahman berkata dalam temubual di FINAS memaklumkan seseorang yang melihat filem ini akan mendapat untung kerana berpeluang mengenal pelbagai jenis ragam dan sifat manusia. Agak mudah jawapannya, itu mungkin 1 kesan baik daripada filem sedangkan pada menulis 1000 lagi mudarat kepada penontonnya.

Menayangkan filem secara terbuka dan ditonton oleh kanak-kanak dan remaja yang baru mengenal dunia menjadikan pendidikan secara tidak langsung kepada mereka. Pendedahan yang tidak disedari bagi penulis akan meruntuhkan tamadun manusia berbanding membina ketamadunan. Begitu terdesak dunia perfileman Malaysia, sehingga kehidupan gay yang melanggar fitrah alam hendak difilemkan. Sudahkah pengarah filem menyenaraikan kebaikan dan keburukan yang diterima masyarakat akibat filem ini?

c) Pengarah : Tontonilan filem ini dengan berfikiran terbuka

Pengarah ini meminta penonton dan rakyat Malaysia menonton dengan berfikiran cara terbuka. Selain itu belaiau memaklumkan bahawa beliau tidak akan merasuah penonton dengan adegan keterlaluan tetapi unsur-unsur ilmiah yang akan diterapkan. Penulis mengamati ayat yang diungkapkan untuk mengharmonikan sesuatu benda yang jelas haram supaya diterima masyarakat. Berhati-hati dengan ungkapan seperti ini yang biasa diucapkan oleh golongan liberal islam.

Khir Rahman juga menemplak sesetengan pihak yang menghukum sesuatu karya sebelum menontonnya. Memang benar. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan beberapa NGO Islam yang lain telah membuat bantahan tentang filem ini. Memang kita dilarang menghukum manusia dalam sudut berdakwah, tetapi jika telah terpampang kemungkaran didepan mata tak akan dibiar. Bukankah “ mencegah itu lebih baik dari merawat”.

d) Kapitalisme menguasai industri perfileman Malaysia.

Dalam masyarakat kapitalisme, status masyarakat seseorang berdasarkan kepunyaan wang ringgitnya. Dukacitanya, lebih ramai pengarah filem kini menganggap mesej dalam filem sebagai elemen yang bukan lagi diutamakan. Akibatnya keuntunggan lebih utama daripada segalanya. Itulah yang handak disampaikan penulis kepada pembaca. Cuba anda cermati soalan wartawan dan jawapan pengarah filem gay ini :

Wartawan : Banyak filem boleh dihasilkan tetapi kenapa jenis filem ini?

Khir Rahman : Nak sampaikan mesej bukan kerja pembikinan filem. Kalau kita sibuk sampaikan mesej sahaja, filem kita akan menjadi murah.

Lihatlah, jalas disitu mesej kepada menonton dalam filem adalah murah berbanding komersial dan kontroversi filem gay ini diutamakan. Sangat menyedihkan. Akibat tekanan kapitalisme dan sifat manusia yang tamak, meraka sanggup buat apa sahaja asalkan pulangannya menguntungkan.

e) Filem “Dalam Botol” bukti umat Islam di akhir zaman

Nabi s.a.w bersabda dengan maksud :

“ Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat”.(Riwayat al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256, no. 2988)

Saudara Khir Rahman memaklumkan bahawa seorang yang kolot sahaja kaan memandang perkara tak betul mengenai orang dan mulalah kita membuat macam-macam andaian. Beliau juga mengakui sebagai seorang Islam yang memegang kuat adat Melayu. Berhati-hati memberikan ucapan saudara. Sejauh mana pun kita berkata bebas pun, jika kita hamba yang menjadikan agama sebagai hak mutlak, kita akur dengan hak kita sebagai hamba sepertimana sebuah hadis nabi yang bermaksud :

“Wahai Muadz, adakah kamu sedar dan tahu apakah hak Allah yang patut dijaga oleh hamba-Nya, dan apa pula hak hamba yang patut dijaga oleh Allah? Muadz menjawab ; “ Allah dan RasulNya lebih mengetahui”. Baginda menjawab : “Sesungguhnya hak Allah yang wajib dijaga oleh hambaNya adalah agar mereka sentiasa tunduk abdikan diri kepadaNya (dengan turuti perintah dan jauhi laranganNya) dan jangan ia mempersekutukanNya dengan satu apa pun..) (Riwayat al-Bukhari, n0 2701, 3/1079)

Penutup

Cukuplah dunia kini digegarkan gempa bumi di Padang,dengan ribut menggila di Filiphina dan banjir besar berlaku di sana-sini. Ini semuanya adalah amaran kepada umatnya yang tidak sedar supaya kembali kepada hakNya. Mudah-mudahan, usaha kecil penulis mengulas isu perfileman di negaraatas cinta penulis kepada agama dan masyarakat.

Penyertaan Gerakan Politik Islam dalam proses Demokrasi melalui pilihanraya

5 comments


Artikel penulis yang lepas mendapat reaksi segelintir sahabat-sahabat berkaitan demokrasi. Banyak input tambahan yang didapati hasil diskusi maya. Memang penulis mengakui media maya dengan penggunaan facebook, Yahoo! Messenger, blog, laman web dan laman sosial yang lain menyebabkan orang yang jauh menjadi dekat. Inilah kelebihan teknologi apabila digunakan dengan saluran yang betul. Teruskan usaha anda generasi muda berpencak di mendan maya ini.

Penulis sempat membuat sedikit analisis mengapa penyertaan gerakan politik islam dalam proses demokrasi melalui pilihanraya. Banyak buku yang disemak dan diteliti tetapi kemungkinan masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Artikel kali ini, penulis berusaha untuk memberikan setiap hujah berdasarkan fakta akademik. Selamat membaca!.

Tulisan Kurshid Ahmad dalam Islam and democracy ; Some conceptual and contemporary dimensions. The Muslim World : demokrasi merupakan batu loncatan kepada arus kebangkitan Islam atau proses islamisasi. Menurut Esposito & Voll dalam Islam and Democracy 1996, pula walaupun demokrasi merupakan ciptaan Barat, gerakan politik Islam tiada pilihan lain untuk tidak menerimanya.

Penulis memberikan beberapa faktor pendesak kenapa penyertaan gerakan politik islam dalam proses demokrasi boleh dibahagikan kepada faktor luaran dan dalaman :

1) Menangkis kesan Kolonialisme dan menghalang proses pembaratan.

Dunia Islam kehilangan kekuasaan apabila dijajah oleh Barat. Proses kolonialisme ini bukan sahaja menyebabkan umat islam kehilangan tanah air, malah mengganggu gugat pemikiran, kebudayaan dan nilai sosioekonomi.

Penjajahan dan proses pembaratan ini menjadi faktor pendesak kenapa umat Islam perlu bangkit menentang kolonialisme.

Ismail Yusof dalam bukunya Nik Aziz: Antara pemikiran Islam dan penglibatan politik, pula menyatakan konteks kolonialisme (penjajahan) ini menyedarkan umat islam bangkit daripada hanya tertumpu kepada ibadah yang sempit kepada gerakan pilitik untuk merebut kemerdekaan daripada penjajah.

2) Mengimbangi demokrasi sebagai pembangkang.

Kebanyakkan gerakan pilitik Islam bertaraf parti pembangkang dalam konteks politik negara yang belum mempunyai kuasa memerintah. Islam bangkangan (oppositional islam) yang dibawa tidak membarika faedah apabila hanya bersikap tunggu dan lihat (wait and see) ataupun memilih pendekatan di luar proses demokrasi.

Syed Azman Syed Ahmad Nawawi ketika membentangan kertas kerja “ Strategi dan konspirasi Barat di dalam menangani kebangkitan islam”, pada 16-17 ogos 1997 di Akademi Penerbangan Malaysia (MMA), Kelana Jaya menyatakan penyertaan gerakan politik Islam adalah untuk membuka peluang untuk mereka berkuasa bagi mengambil pemerintahan secara sah jika menang.

Politik bangkangan ini juga berfungsi sebagai ruang kepasda rakyat untk melibatkan diri secara efektif. Al-Chaidar seorang pemikir muda Indonesia dalam bukunya PEMILU 1999: Pertarungan Ideologis Partai-partai Islam versus Partai-partai sekular menyatakan pula politik bangakangan amat perlu supaya perbezaan politik dapat diselesaikan bersama dengan penglibatan rakyat. Ia memberi saluran terbaik untuk rakyat berperanan dan berfikir tanpa rasa takut.

Konklusinya, demokrasi mengiktiraf kedudukan pembangkang dan politik bangkanagan dihormati dalam demokrasi. Oleh itu, rakyat berhak memlihi untuk membentuk sebuah kerajaan baru.

3) Mekanisme penolakan pemerintahan diktator.

Mc Clean dalam Oxford Concise Dictionary of Politics pemerintahan diktator (dictatorship) bermaksud pemerintahan yang tidak mempunyai sekatan atau pengehadan dari segi undang-undang, perlembangaan dan faktor dalaman negara.

Dr. Yusof Qardawi dalam Fiqh Daulah menurut perspektif Idlam mengakui demokrasi boleh manjadi mekanisme kepada rakyat untuk menolak pemerintahan diktator. Maksud beliau ialah rakyat berhak untuk membuat penilaian dan hukuman yang setimpal kepada pemerintah yang mengamalakan kezaliman dan penindasan.

Faktor ini menjadi faktor mendesak mengapa gerakan islam mengambil keputusan untuk menerima demokrasi kerana kepimpinan Islam yang diperjuangan oleh mereka menjunjung ketelusan dalam pemerintahan dan menolak kediktatoran dan kuku besi.

4) Jaminan hak asasi manusia

Kelebihan demokrasi adalah ia menjunjung tinggi nilai keadilan, kebebasan dan persamaan. Rakyat mempunyai hak persamaan untuk berpolitik tanpa sebarang kongkongan dan sekatan. Selain itu, rakyat dialu-alukan untuk menyumbang ke arah pembetukan kerajaan.

Dalam Islam, keadilan merupakan elemen yang penting dan patut dimiliki oleh semua manusia tanpe mengira perbezaan rupa, warna kulit, gender dll. Atas dasar inilah, gerakan Islam memperjuangankan aspirasi politik Islam yang begitu menekankan keadilanm kebebasan dan persamaan politik.

5) Menghalang “sum zero game”

Mumtaz Ahmad dan I. William Zartman dalam Political Islam : Cant it become a loyal opposition, menyatakan demokrasi menghalang berlakunya sum zero game dalam persaingan parti politik. Maksudnya, persaingan parti politik mengikut demokrasi akan menyebabkan parti itu tidak akan kalah semua atau menang semua kerana demokrasi menawarkan perebutan yang sihat dan tiada sebarang monopoli boleh berlaku.

6) Wahana dakwah berhikmah dan efektif

Demokrasi mebenarkan perjalanan dakwah Islamiah yang lebih berhikmah, tasammuh (toleran) dan mengakui kebebasan beragama dan individu.

Penyertaan gerakan pilitik islam dalam proses demokrasi melalui pilihanraya dapat menghilangkan tohmahan dan tanggapan negatif seperti radikal, ekstrem dan ganas.

Mumtaz Ahmad dan Zartman telah menekankan terhadap diplomasi dan perbincangan menyebabakan gerakan Islam tidak akan menggunakan jalan kekerasan untuk mencapai matlamat politiknya.

Inilah usaha kecil penulis, setiap isi yang dinyatakan tidak diuals dengan panjang lebar. Ia sekadar fakta yang perlu anda nilai. Artikel ini sengaja tidak diulas kerana ia akan menjadikan tulisannya amat panjang dan kebanyyakkan daripada kita hanya suka baca bacaan yang pendek-pendek. Oleh itu, terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga habis.

Islam dan Demokrasi : Apa pandangan anda?

3 comments


Perbahasan berkaitan demokrasi semakin hangat dibincangkan dalam YM* pada suatu malam. Jari menari lancar menaip perkataan. Setiap hujah dilontarkan untuk mencari kebenaran. Pendapat demi pendapat dikeluarkan untuk menambahkan ilmu lagikan kupasan kritikal. Penulis teruja untuk mendapat maklumat demi maklumat. Penulis akui demokrasi selalu dibincangkan semasa penulis menjadi pimpinan di kampus. Namun hujah dan pandangan daripada sisi yang berbeza dan songsang banyak mengajar penulis berlapang dada dan toleransi ketika berhadapan dengannya.

Apabila penulis meminta pandangan daripada beberapa kenalan ada yang berkata, “Apalagi untuk dibincangkan berkaitan demokrasi, anta membincang isu yang kebelakang. Ayuh jangan buang masa membincang isu remeh seperti ini”. Inilah yang penulis dapati. Pada penulis, untuk mendapatkan ilmu, selain merendah diri kita perlu akui yang kita masih dangkal untuk membincangkannya secara serius. Mungkin ada yang memandang sinis dan remeh dengan istilah demokrasi, tapi penulis biarkan ia berlalu. Ia berguna untuk berdepan dengan golongan yang masih ingin mengetahui dan menolak demokrasi.

Sedikit fakta berkaitan demokrasi yang sempat dikoreksi oleh penulis dalam perbincangan bersama sahabat di YM* dan melalui pembacaan :

1. Dr. Adnan Ali Ridha al-Annawy dalam bukunya bertajuk “Syura Bukan Demokrasi” halaman 30 tegas mendakwa demokrasi adalah produk manusia di bumi dan kerosakan, sedangkan Islam turun sebagai wahyu daripada Allah Taala. Demokrasi menurutnya tidak ada hubungan dengan Allah, tidak ada hubungan dengan iman, akidah dan agama.

2. Demokrasi meletakkan manusia menentukan undang-undang sendiri dan sumber perlembangaan negara. Ia secara lansung menolak konsep al-hakimiyyah yang ditekan Islam.

3. Menurut Asghar Khan dalam bukunya “Islam, Politics and the State” menyatakan pertimbangan manusia untuk membuat undang-undang tidak menepati citarasa rakyat keseluruhan dan kebanyakkan ditentukan oleh mereka yang berat sebelah untuk memihak kepada kepentingan satu pihak sahaja.

4. Demokrasi meletakkan rakyat berkuasa menentukan siapa bakal memimpin. Jika majoriti raktai itu jahil dan menolak Islam, maka pemerintahan yang terbit adalah yang bersifat anti Islam dan menolak hukum Allah. Situasi ini membenarkan rakyat selaku pengundi memilih calon berdasarkakan cita rasa mereka semata-mata dan bukannya berasaskan piawaian syariah.

5. Konsep Syura yang menentukan pemimpin oleh beberapa individu yang terpilih berdasarkan keilmuan, kepakaran dan pengalaman yang dikenali sebagai Al Ah-halli Wa al-‘Aqdi. Pengesahan perlantikan adalah dengan mangadakan bai’ah agad kepada rakyat. Menurut As-Syeikh Rashid Reda, Al Ah-halli Wa al-‘Aqdi terdiri daripada pemimpin umat Islam seperti ulama’, pemimpin masyarakat dan pegawai tertinggi tentera.

6. Menurut Javid Iqbal dalam bukunya “Democracy and The Modern Islamic State’. Voices Resurgen Islam” Pendekatan pilihanraya tidak menjanjikan calon yang baik boleh menang. Kemungkinan calon yang berkemampuan (capable) dan sesuai (suitable) boleh ditewaskan dengan calon yang sebaliknya disebabkan undi populariti.

Sebenarnya banyak lagi fakta dan perkongsian yang didapati hasil daripada perbincangan bersama sahabat YM* berkaitan demokrasi. Penulis memang sengaja melontarkan idea ini kerana gusar dengan sesetengah anak muda yang lahir di dunia sudah diperkenalkan dengan teori demokrasi barat dan agenda yahudi semata seterusnya mendewakan idea ini tanpa asal-usulnya . Lebih merisaukan lagi, apabila segelintir kita yang mengagungkan demokrasi dengan menafikan konsep Islam yang sempurna untuk rakyatnya.

Kejayaan barat menjadikan model demokrasi ala pilihanraya berjaya menenggelamkan konsep Siasah Shariyyah yang dimiliki Islam. Dewasa ini, kegemilangan model ini digunapakai seluruh dunia dan artikel ini ditulis adalah atas kesedaran penulis untuk memberikan kesedaran bahawa konsep politik islam seperti al-Siayadah dan al-Hakimiyyah lebih relevan untuk hambanya berbanding demokrasi. Akhirnya, perbualan diskusi kritikal ini menjadikan penulis merendah diri dan akur bahawa manusia sangat lemah untuk membentuk undang-undang dan perlembangaannya sendiri. Sangat-sangat lemah. Perundangan daripadaNya adalah paling tepat dan yang paling sukar diamalkan di sebuah negara yang berkepentingan dan meragui hukumnya.

Selepas membaca aritikel ini, apakah pandanagan anda tentang demokrasi?

*Yahoo! Mesengger

Selamat Hari Raya kepada anda

2 comments


Lisan kadang tak terjaga
Janji kadang terabaikan
Hati kadang berprasangka
Sikap kadang menyakitkan
Harapan ini menjadi indah jika selalu ada kemaafan diantara kita,
moga Ramadhan pencetus kepada segala kebaikkan,
Syawal yang hampir menjelang,
10 jari dihulurkan memohon maaf zahir dan batin
daripada :
Norazali Bin Zainuddin sekeluarga

Kepada kedua ibu-bapaku, Haji Zainuddin Zainal dan Hajah Saadia Kasimin, ku pohon ampun jika ada melukakan hatimu, doakan aku menjadi anak yang soleh yang senantiasa mendoakan ibu bapanya.

Kepada adik beradik yang lain, akak : Nenny Marlina dan Nenny Lydiawati juga adik-beradik yang lain : Mohd Nor Aiman, Nenny Masitah dan Nenny Aishah Syahirah moga anda semua sihat senantiasa menjelang lebaran yang akan tiba. Mohon kemaafan jika ada terkasar bahasa dan melukakan hati. Raya tahun ni, mesti tidak semeriah raya tahun lepas kerana 2 orang kakak akan beraya di Pahang bersama keluarga mentua. Huhu

Kepada rakan-rakan seperjuangan : Jabir, Apiz, Din Jawa, Jep dan lain-lain, aku minta maaf kat korang selama berkawan. Ada yang tercakap lepas ke, main taram je dll, harap korang redhailah yea. Kire 0-0 la ni.

Kepada rakan PMIUM, Pro-Mahasiswa Nasional dan warga teruskan perjuangan menegakkan keadilan.

Kepada follower setia blog nie unknown dan Dya Ilhami.. teruskan kerjaya anda sebagai pengkritik setia blog ni. Kesetiaan anda kekuatan blog ini. Terima kasih semua

Saya mendoakan agar semua dapat meraih kemenangan selepas sebulan berpuasa, Inilah nilai kemenangan selepas kita diuji. Bagi mereka yang mencari makna Ramadhan tahun ini, maka berjayalah dia, begitulah juga sebaliknya. Balik kampung berhati-hati yea. Ingatlah orang yang tersayang...


Siapakah Milton Friedman?

0 comments


Artikel berkaitan Milton Friedman adalah salah satu tugasan saya selaku pelajar di Sekolah Pemikiran Muda (School of Young Thinker). Untuk pengetahuan anda semua, beliau penerima Anugerah Nobel pada tahun 1976 dalam bidang ekonomi.

Milton Friendman dilahirkan pada 31 Julai 1912 dan meninggal dunia pada 16 November 2006 di bandar New York dan mempunyai 4 orang adik beradik. Beliaulah satu-satunya anak yang bersekolah di kelas yahudi immigran daripada komuniti Hungari yang kini di Ukraine. Apabila beliau berumur 1 tahun, keluarganya berhijrah ke Rahway, New Jersey dimana ibu bapanya tinggal. Disebabkan keluarganya mengalami masalah kewangan dan tiada satupun antara adik beradiknya yang ke universiti, oleh itu telah diputuskan bahawa beliau masuk ke kolej. Di sana, Milton sangat bergembira dan menunjukkan kebijakan beliau dalam subjek Matematik.

Beliau mendapat Ijazah pertama dalam Matematik daripada Universiti Rutgers. Oleh kerana pengajiannya ditaja, beliau terus bekerja untuk melihat masa depannya.
Selepas graduasi, Friedman berminat untuk menyambung master dalam bahagian Matematik tetapi pada ketika itu disebabkan faktor ekonomi yang meleset berlaku dalam negeri telah menyuntik semangat dalam bidang ekonomi dan dia terima untuk menyambung Master dalam ekonomi selepas mendapat biasiswa daripada Universiti Chicago. Semasa berada di tahun pertama untukmenyiapkan Master,beliau bertemu dengan Rose Director. Mereka berdua bercadang untuk berkahwin tetapi ketika ekonomi merundum menyebabkan mereka menangguhkan tarikh perkahwinan mereka.

Pada tahun 1937, Friedman telah bekerja sebagai penyelidik di Jabatan Penyelidikan Ekonomi Kebangsaan bertempat di Bandar New York. Berbekalkan duit yang dikumpul bersama, akhirnya Milton Friedman dan Rose Director telah berkahwin pada tahun berikutnya, 1938. Mereka suami dan isteri teleh bekerjasama untuk membuat buku dan projek sepanjang tahun hidup mereka. Pembelajaran Friendman yang datang daripada kebebasan professional telah menyebabkan beliau diminta meneruskan pengajian dalam Sarjana Kedoktoran (PhD). Walaubagaimanapun, percetakan thesisnya ditangguhkan kerana berlakunya Perang Dunia ke-2.

Pada 1940, Friedman telah bersetuju untuk bekerja di Universiti Wisconsin tetapi dihentikan setahun kemudian. Ini adalah disebabkan, Friedman dijatuhkan apabila rakan di fakultinya sendiri. Selepas itu, semasa berlakunya Peperangan Dunia ke-2, Frieman bekerja di Jabatan Bendahari dimana beliau ditugaskan untuk menyiapkan sistem cukai persekutuan. Di akhir peperangan itu, Friedman telah dilantik sebagai penyelidik Ekonomi untuk bahagian statistik ekonomi oleh sebuah kumpulan khas di Universiti Columbia. Dalam tugasan khas ini, Friedman diminta untuk menyelesaikan masalah dan menbuat model bagi rekabentuk senjata, taktik ketenteraan dan ujian logam (metallurgical experiments).

Selepas peperangan tamat, kajian Friedman telah dicetak dan beliau seterusnya mendapat Ph.D terus daripada Universiti Columbia. Dalam bukunya, Incomes frim Indenpendent Professional practice telah mencadi penghantar dalanm mengenalkan konsep kekal (permanent) dalam transaksi pendapatan. Kajiannya juga mencakupi pembelajaran pendapatan profesional, kespaduan bersama kepentingan kerjanya dalam badget pengguna dan teori asas yang diperkenalkan ilah Theory of the Comsuption fuctiom. Selepas setahun di Universiti Minnesota, friedman telah ditugas untuk menyimbangkan posisi pekerja bersama jabatan Penyelidikan Ekonomi.

Friedman melakukan kajian jangka panjang tentang peranan wang dalam kitaran perniagaan. Di Universiti, beliau menubuhkan sebuah "Bengkel Wang dan Perbankan," yang memimpin kebangkitan minat pengajian kewangan di Amerika Syarikat. Friedman menempah nama sebagai salah seorang pengasas Universiti neo-klasik ekonomi, bertentangan dengan ilmu ekonomi Keynesian lalu disokong banyak universiti di Eropah dan Amerika. Dalam pemprosesan yang lebih besar daripada Chicago School, Friedman dan rakan-rakannya dianggap sebagai monetarists. Mereka melihat wang beredar sebagai faktor penentu utama dalam kitaran perniagaan dan inflasi dan menganggapnya sebagai alat yang paling berkesan dasar ekonomi kerajaan.

Daripada fine-tuning daripada dasar fiskal Keynesian, Friedman mengesyorkan bahawa bank-bank sentral seperti Federal Reserve mengamalkan Peraturan umum mengendalikan jumlah wang beredar untuk menekan inflasi dan harga memungkinkan untuk menemukan tingkat alami mereka.

Friedman berpendapat bahawa kebanyakan bentuk-bentuk lain daripada campur tangan kerajaan dalam ekonomi tidak hanya kontraproduktif dalam istilah ekonomi, tetapi pada dasarnya bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat bebas.

Pada awal 1960-an, idea-idea Friedman mulai mendapat pengaruh di luar akademik, ahli ekonomi, terutamanya melalui buku-buku untuk pembaca umum, termasuk Capitalism and Freedom (1962), ditulis bersama isterinya, Rose D. Friedman.

Tahun berikutnya, percetakan monumental Sejarah Kewangan Amerika Syarikat, yang ditulis bersama dengan Anna J. Schwartz. Kesannya ialah, karya-karyanya diterima masyarakat umum dan membawanya kepada peranan yang lebih menonjol dalam perdebatan dasar awam. Friedman berkhidmat sebagai penasihat ekonomi informal untuk kempen presiden 1964 Senator Barry Goldwater. Goldwater dikalahkan, tetapi idea-idea Friedman menjangkau khalayak yang lebih luas. Sejak 1966 hingga 1983, beliau menulis kolum untuk majalah Newsweek.

Pada tahun 1975, Friedman membuat lawatan kontroversi ke Chile selama kediktatoran tentera Jeneral Augusto Pinochet untuk memberikan kuliah ekonomi. Selain Universiti Chicago, profesor ini kemudiannya berkhidmat sebagai penasihat kepada kerajaan Chile. Meskipun Friedman pernah menyarankan regim secara langsung, beliau percaya pelaksanaan dasar pasaran bebas membantu menyiapkan negara untuk akhirnya kembali kepada Peraturan demokratik.
Friedman memberikan ceramah serupa di Afrika Selatan dan Rhodesia (kini Zimbabwe) pada 1970-an. Beliau kemudian melakukan perjalanan sejauh China untuk bercakap tentang pasaran bebas idea. Sebelumnya Friedman telah menulis karya ilmiah yang menerima pengiktirafan antarabangsa.

Beliau dianugerahkan Hadiah Nobel tahun 1976 di bidang Ekonomi untuk pencapaiannya di bidang analisis konsumsi, sejarah dan teori kewangan kompleksitas dasar stabilisasi." Tahun itu, beliau bersara daripada Universiti Chicago, meskipun ia mengekalkan gelaran Paulus Snowdon Russell Distinguished Service Professor Emeritus Ekonomi di Universiti. Dari tahun 1977 hingga kematiannya ia adalah seorang Senior Research Fellow di Hoover Institution dalam Perang, Revolusi dan Perdamaian di Stanford University. Pada tahun 1980, Milton Friedman dengan idea-ideanya telah dipaparkan dalam 10 episod televisyen awam,” Free to Choose”. Friedman dan isterinya telah menyarankan kepada calon presiden Ronald Reagan, yang dilihat rapat dengan falsafah laissez faire. Pada tahun pertama pemerintahan Reagan, Friedman berkhidmat sebagai ahli Presiden Majlis Penasihat Dasar Ekonomi.

Pada 1980-an adalah tahun untuk penerimaan idea-idea Friedman. Pandangannya dalam dasar kewangan, perpajakan, privatisasi dan pembatalan kawal selia maklumat dasar kerajaan di seluruh dunia, terutama kerajaan dari Ronald Reagan di Amerika Syarikat dan Margaret Thatcher di Inggris Raya.
Idea-ideanya dipelajari di seluruh dunia, dan memainkan peranan utama dalam transformasi ekonomi China. . Banyak majalahnya mengutuk kerajaan dihimpunkan dalam buku tahun 1983, “Bright Promises”, Dismal Performance.

Siri televisyen ke-2 dan buku yang menyertai oleh Friedmans, “Tirani Status Quo”, muncul pada tahun 1984 dan pada 1988 Friedman dianugerahkan National Medal of Science dan Presidential Medal of Freedom. Selepas penganugerahan itu, Milton Friedman dan isterinya Rose menerbitkan sebuah memoir kehidupan mereka bersama, “Two Lucky People”. Tahun berikutnya, Friedmans membuat rumah mereka di San Francisco, di mana Milton Friedman meninggal pada tahun 2006, pada usia 94.

5 peristiwa : Antara sikap dan sahabat

2 comments


Gambar ketika di Tingkatan 5 di SMKA Segamat. Terima kasih kepada Iechak kerana tag kan gambar ni dalam facebook saya.
Peristiwa pertama :

Ketika bersama seorang kawan yang mahu membeli kereta, terdapat 3 persoalan daripada bangsa yang berlainan berkaitan kereta yang mahu dibelinya.

Melayu : Kereta apa yang paling murah di sini? Tak bleh kurang lagi ke harganya? Diskaun?

India : Kereta ni bleh masuk berapa orang? kalau family saya ada 10 orang, boleh masuk ka ini kereta ?

Cina : Tunjukkan saya kereta paling laju yang ada ini kedai. Bleh pi berapa kilo sejam? Ini enjin mana punye?

Walaupun hanya sejam berada di kedai menjual kereta ini, berapa dialog yang berbeza dapat dikenali berdasarkan bangsa. Mengapa laras bahasa mereka berbeza? adakah disebabkan persekitaran yang menyebabkan mereka. Kita tidak nafikan bahawa mak dan saudara-mara kita tawar menawar setiap kali pembelian berlaku sehingga sekecil-kecil barang hingga sebesar-besar barang yang mahu dibelinya. Tiada salahnya jika tawar-menawar ini berlaku dengan mendapat persetujuan pembeli dan penjual. Tetapi yang menjadi masalah ialah kita membeli barangan makanan yang murah sehingga banyak bahan kimia dalam makanan sehingga menjejeskan kesihatan kita.

Peristiwa 2

Seorang pelayan Inggeris datang ke meja pelanggan sambil meletakkan minuman tanpa meletakkan air tersebut secara rawak. Lalu berlaku dialog ini :

Abu : Its my
Ahmad : Bodohnya ko, xpayah la nak cakap orang putih kalau ko tak fluent.. buat malu je
Abu : maafkan aku, aku nak belajar je.. huhu

Inilah kemungkinan satu daripada 1000 dialog yang kita cakap dengan sahabat dan rakan taulan kita. Tahukan kita, percakapan seperti langsung memetikan minatnya untuk maju ke hadapan?
Budaya ini berbeza di Eropah. Jika kita tersalah, mereka akan membetulkannya. Sebagai contoh:

Abu : "Its my"
Pelayan : Do you means "its mine"?
Abu : Oh yes, Thank you

Inilah budaya memdidik supaya menjadi lebih baik. Ambiklah yang baik, buang yang keruh. Jika kawan anda bercakap salah dalam English. BAntulah. Baikilah. Moga hadist "sampaikan ilmu walaupun seayat itu dipraktikalkan.

Peristiwa 3

Abu melihat Ahmad khusyuk membaca buku. Bagi Abu ini perkara yang pelik dan ajaib. Lalu terjadilah dialog ini :

Abu : Eh MAd, ko xpayah nak tunjuk baik la baca buku. Ini ke Mad yang aku kenal? Alah, jap lagi mesti buku baca ko.. sudah la mat.. tak payah la nak berlakon baik depan aku//
Mad : sabar je ( dalam hati)

Inilah perkara yang acap berlaku bila kita melakukan aktiviti berfaedah. Inilah cabaran. Mengapa seorang sahabat tidak bersikap positif. Sebagai contohnya:

Abu : Baguslah ko Mad membaca buku. belh ko kongsi ilmu yang ko baca? ko je yang rajin.. aku malas je nak baca.. bagusla Mad. Kalau ko selalu baca buku.. mesti aku pun rajin nanti baca buku
Ahmad : Banyak buku kalau kita mambaca. Baguslah kalau macam ni. Aku baca buku ni, ko baca buku ni. Nanti kita kongsi sama-sama yea.
Abu : Terima Mad, ko lah kawan aku

Alangkah indahnya jika kita memnpunyai sahabat yang memotivasikan kita sentiasa. Oleh itu, jadilah seorang kawan yang menghargai nilai ukhwah tersebut.

Peristiwa 4

Abu : Aku rasa nak jadi Menteri la nanti
Ahmad : Eh-eh.. muka macam ko nak jadi Menteri sudah la Mad. Jangan berangan. Ko jadi penyapu sampah je layak. Haha
Abu : Hampeh punye kawan

Kita selalu dan acap kali bersifat pisimis dan negatif setiap kali kawan kita menyatakan angan-angan. Sewajarnya, kita membantu dan menyatakan sokongan kepada mereka. Tidak mustahil angan-anagan menjadi kenyataan. Lihatlah Israel itu telah berangan-angan untuk memiliki sebuah negara 100 tahun dulu, sekarang ia menjadi realiti dengan menjadikan Palestin sebagai negara haram mereka. Jadi salah kah sahabat kita berangan-angan dalam hal yang baik?. Dan sewajarnya dialog seorang sahabat seperti ini :

Abu : Aku nak jadi Menteri la suatu hari nanti
Ahmad : Bagus Mad. Aku rasa ko boleh. Semangat ko, kepimpinan ko. Tak mustahil ko bleh jadi pe yang ko inginkan
Abu : Terima kasih Abu. Ko je la pendorong semangat aku.

Bukankah dialog ini yang diimpikan oleh seorang manusia.

Peristiwa 5

Penulis pernah bertanya dengan 2 orang rakan yang berbeza bangsa berkaitan kerjaya. Analisis apa yang mereka katakan:

Kawan M : Aku memang suka kerja kerajaan. Senang tak payah fikir banyak-banyak. Kita pun buat kerja yang bos kita bagi je. Lepas tu, gaji masuk setiap bulan.

Kawan C : Wa mau jadi tokey. Wa tatak suka kerja bawah olang. kalau wa jadi tokey soya pun ok walaupun kena naik basikal hali-hali. Yang penting wa mesti jadi bos.. haha

Inikan berbeza. Analisis la sendiri. Kita selalu mahu keadaan selesa berbanding menempuh cabaran yang mematangkan diri.

Akhirnya, diucapkan selamat untuk mengejar Lailatul Qadar iaitu yang penuh keberkatan daripada 1000 bulan. Kejarlah ia. Jika anda mempunyai sahabat-handai, ajaklah mereka iktikaf di masjid atau berqiamullail kerana mereka yang lain juga merindukan ajakan untuk beribadat kepadaNya. Tanyalah kepada sahabat kita :
" Jom ke masjid ikhtikaf atau jom kita qiamullail malam ni"

inilah dakwah sesama kawan yang perlu dipanjang-panjangkan. Wassalam

Memaknakan kemerdekaan dalam bulan Ramadhan

6 comments


Sedikit coretan berkaitan kemerdekaan negara. Artikel blog entri kali ini bersifat santai juga diselitkan pandangan peribadi penulis.

Kemerdekaan : Apa yang kita cari?

Sebelum berbuka hari ini, saya sempat melayani sebuah segmen realiti TV selama satu jam di siaran ASTRO PRIMA. Hosnya juga yang menjadi MC untuk program realiti TV Akademi Fantasia. Dalam segmen tersebut ada diselitkan satu slot yang menunjukkan 2 orang pemuda yang ingin menyambut Hari Kemerdekaan sambil memegang Jalur Gemilang sambil terkinja-kinja. Pada saya, segmen merepek ini seperti membodohkan penonton. Saya meneruskan menonton kerana ingin melihat nilai moral yang akan disampaikan. Akhirnya, jawapannya tiada. 2 pemuda tadi berjumpa seorang Pak Cik tua yang kononnya ingin bercerita berkaitan zaman penaklukan penjajah tetapi hanya menceritakan lawak bodoh yang tidak masuk akal. Akhirnya, 2 pemuda yang berpakaian ala barat itu, meneruskan perjalanan untuk pergi melihat konsert di Dataran Merdeka.

Ulasan penulis :

Mungkin ada melihat itu perkara biasa. Tapi bagi saya ia melahirkan perasaan terkilan. Mengapa? Kerana segmen selingan itu sendiri membuktikan dengan jelas bahawa makna merdeka kepada generasi muda. Anak muda yang menanti konsert sempena kemerdekaan? Bangga dengan hanya memegang jalur gemilang?. Inikah yang mereka cari?

Perkara yang menyedihkan lagi apabila 2 kumpulan kumpulan barat Black Eyed Peas mendapat lesen daripada pemerintah Malaysia untuk mengadakan konsert sempena 250 tahun kewujudan arak Guinness di Sunway Lagoon. Sebuah lagi kumpulan yang mencemar bulan ramadhan iaitu Micheal Learns To Rock (MLTR) yang akan diadakan pada 5 September bersamaan 15 Ramadhan. Inikah pengisian sempena ramadhan?

Salah satu cadangan bagi pengisian kemerdekaan adalah menanam iman Allah dan Rasul kepada rakyat Malaysia. Jika unjuran ini disediakan, insyallah makna kemerdekaan itu akan lahir lebih-lebih lagi sempena Ramadhan. Ini dibuktikan kejayaan Rasulullah yang berjaya menanamkan jiwa yang kental dalam Peperangan Tabuk.

Menurut Ibn Hajar dalam kitabnya Fath al-Bari, peperangan Tabuk yanng jauhnya sekitar 774 km dari Madinah dan juga berlaku pada musim panas ( sekitar 50 darjah selsius ) menjadikannya contoh yang relevan untuk pengisian kemerdekaan di Madinah.

Diringkas kisah, dalam kitab Mawarid al-Zam'an ila al-Zawaid Ibn Hibban halaman 145 mengisahkan para sahabat yang didik ini sentiasa kental dengan berjalan kaki di bawah panas terik semata-mata kerana Allah dan rasulNya. Akhirnya, Allah membalas usaha mereka dengan tunai iaitu musuh Rom lari daripada peperangan.

Analogi kemerdekaan

Sedikit analogi menarik yang boleh dikongsi bersama tentang pengisian kemerdekaan.

Seorang yang merdeka adalah ibarat berjaya melepaskan diri daripada kurungan musuh, tetapi kurungan itu berapa di tengah-tengah hutan belantara. Tanpa ilmu sewajarnya, hidup di luar atau di dalam kurungan adalah sama. Bayangkan, bagaimana keadaan tawanan yangg berjaya meloloskan diri dari kurungan tapi tiada sebarang ilmu tentang binatang, hidupan di hutan, tidak tahu menangkap ikan dan sebagainya.

Bagaimana mungkin pengisian dan kenikmatan kebebasannya dapat dirasai tanpa ilmu asas di hutan. Bukan sahaja nikmatnya tidak dapat dikecapi dengan sempurna, malah terdedah pula dengan bahaya.

Demikian ummat Islam hari ini, merdekanya kita di zaman ini diibaratkan sebagai bebas tatapi masih berada di hutan belantara. Tanpa ilmu selok belok hutan, tidak mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk, seseorang pasti akan menjadi mangsa binatang buas. Binatang buas itu adalah dunia dan segala nikmatnya adalah sementara.

Kesilapan berkaitan Ramadhan

Tiga isu yang ingin dilontarkan ialah tentang kefahaman sesetengah masyarakat kita berkaitan ramadhan.

Isu pertama :

Wujud segolongan manusia yang mengaggap tiba bulan ramadhan adalam bulan "puasa" semata. Mereka hanya berlapar dan dahaga, sedangkan banyak perkara wajib ditinggalkan. Mereka berpuasa tetapi tidak bersolat fardhu. Perkara ini amat menyedihkan bagi mereka yang menganggap Ramadhan cukup sudah dengan berpuasa. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang tambahan di Bazar Ramadhan. Perniagaan itu tidak salah tetapi berniaga sehingga tidak solat fardhu itu yang bermasalah.

Isu kedua :

Wujud golongan yang menganggap bahawa Ramadhan hanyalah bulan untuk berpuasa dari lapar dan dahaga dan juga hawa nafsu. Namun hakikatnya, disebalik ramadhan ialah bulan mencari makna pada diri bersama al-Qur'an. Inilah yang ditekankan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam tazkirahnya bersempena dengan Ramadhan. Oleh yang demikian, dampingilah al-Qur'an senantiasa. Koreksilah maknanya. Moga menjadi amalan selepas daripada Ramadhan.

Isu Ketiga :
Bulan ramadhan melahirkan muslim yang produktif dan kental. Bukanlah semakin berpuasa semakin lemah dan malas. Itu adalah nafsu manusia yang dilayan menjadikan insan seperti itu. Lihatlah buktinya 4 peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan bukti kehebatan muslim menempuh bulan yang mulia :

  • Tanggal 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah, hari Jum’at pagi, terjadi peperangan Badr al-Kubra. Sebuah perang besar terbuka yang pertama kalinya terjadi antara kaum Muslimin melawan kaum musyrik. Pertempuran terjadi di sebuah lembah di dekat kota Madinah, yaitu di Badr. Kekuatan kaum Muslimin waktu itu, sekitar 300 orang, setiap dua orang satu unta. Sedangkan kekuatan kaum kafir sekitar 1000 orang dengan perincian 700 orang naik unta dan lebih dari 100 orang adalah pasukan berkuda. Berarti satu orang Muslim harus menghadapi 3 lawan. Pertempuran dimenangkan oleh kaum Muslimin dengan gilang-gemilang.
  • Tanggal 18 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah Rasulullah bersama 12 000 kaum Muslimin bertolak dari Madinah menuju Makkah untuk membebaskan Makkah. Peristiwa bebasnya kota Makkah terkenal dengan sebutan Futuh Makkah. Pembukaan kota Makkah menandai sebuah era baru di dalam Islam, setelah sebelumnya kaum Muslimin selalu disiksa, ditindas, bahkan terakhir dikepung oleh pasukan Ahzab (sekutu) selama berminggu-minggu di Madinah. Era baru yang dibangkitkan oleh Rasulullah dengan perang Ahzab dengan sabdanya,“Kaum Quraisy tidak akan berani mendatangi (menyerang) kamu sesudah tahun ini, telah lenyap musnah kekuatan mereka, dan mereka tidak akan memerangi kita sesudah hari ini, dan sekarang giliran kita akan memerangi mereka, Insya Allah.“
  • Bulan Ramadhan tahun ke-91 Hijrah, kaum Muslimin di bawah pimpinan panglima Thariq bin Ziad membuka Andalusia(Spanyol). Peristiwa ini dikenal dengan sebutan Futuh Andalusia. Thariq bin Ziyad menyeberangi selat antara Afrika dan Eropah atas perintah Musa bin Nushair penguasa Islam kala itu. Ketika pasukan Islam sudah sampai di seberang, diperintahkannya agar kapal-kapal perang Islam dibakar. Kemudian ia berpidato didepan pasukannya :„Musuh di depan kalian. Apabila kalian mundur, maka lautan dibelakang kalian..“ Agaknya langkah yang beliau ambil dalam membangkitkan semangat kaum muslimin sangat tepat. Tidak ada lagi jalan untuk mundur. Yang ada hanyalah berjuang sekuat tenaga dan mengharap pertolongan Allah. Berturut-turut kota demi kota jatuh ke tangan kaum Muslimin. Akhirnya pada bulan Ramadhan jatuhlah Andalusia ke tangan kaum Muslimin. Sejarah mencatat bahwa di kemudian hari Andalusia menjadi pusat ilmu pengetahuan dan menjadi mercu peradaban manusia di zamannya. Kemajuan teknologi yang diperoleh orang-orang Eropah zaman sekarang hanyalah merupakan perpanjangan teknologi umat Islam masa silam.
  • Ma’rakah ‘Ainu Jaaluut (perang ‘ainu jaaluut). Peperangan ini terjadi dengan latar belakang jatuhnya Daulah Abbasiyyah. Kala itu pasukan Tartar (Mongol) yang ganas mengirim ekspedisi ke arah barat. Ketika sampai di daerah kekhalifahan Abbasiyyah terjadilah pengacauan-pengacauan sampai akhirnya mereka bergerak menuju Baghdad. Baghdad yang kala itu merupakan pusat intelek berhasil mereka hancurkan. Khalifah beserta segenap keluarganya mereka bunuh. Buku-buku perpustakaan di Baghdad mereka tenggelamkan di Sungai Tigris untuk membuat jembatan penyeberangan. Dalam sejarah digambarkan betapa air sungai Tigris kala itu berwarna kehitam-hitaman karena terlalu banyaknya tinta yang larut. Demikianlah akhir dari sebuah peradaban modern Islam di Baghdad. Pasukan Mongol terus bergerak ke barat menuju Syams (sekarang meliputi Syria, Palestina, Yordania, Libanon). Umat Islam tidaklah tinggal diam membiarkan orang-orang kafir merobek-robek kemuliaan umat. Penguasa Mesir kala itu Sa ifuddin Quths menggerakkan pasukan Islam menuju Syams untuk menghalang orang-orang Mongol. Seorang tokoh penting yang sangat berpengaruh membentuk kepribadian Quths adalah seorang ulama yang bernama Al-’Izz bin ‘abdis Salaam. Beliaulah yang mentarbiyyah (membina) Saifuddin Quths menjadi seorang berkepribadian islami. Dua buah pasukan besar tersebut akhirnya bertemu di sebuah tempat yang bernama ‘Ainul Jaaluut (letaknya di Palestina). Sejarah akhirnya mencatat bahwa di‘ainul Jaaluut-lah akhirnya ekspansi pasukan Tartar dipatahkan oleh kaum Muslimin.

13 peristiwa menarik tentang keajaiban perang Gaza

3 comments


Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu
pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia .. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan!Dan siapakah yaNg menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3


Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4


Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5


Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6


Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu
dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".. MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita? Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.

Peristiwa 7

Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada
bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel . Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

Peristiwa 8

Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel , datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat marasehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

Peristiwa 9


Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

Peristiwa 10

Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

Peristiwa 11


Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan .. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

Peristiwa 12


Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.

Peristiwa 13

Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama
serangan Yahudi ke atas Gaza , hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.

Analisis : 4 aspek tingkat sistem pendidikan negara

3 comments


Kenyataan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang bertitah semasa merasmikan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Untuk Semua di Hotel Legend telah menggariskan empat aspek utama sistem pendidikan yang memerlukan perhatian khusus demi memenuhi keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi. Titah baginda, keempat-empat aspek berkenaan ialah kurikulum, sistem penilaian, strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta bahasa Inggeris.

Atas faktor tersebut, s
aya tertarik dengan Analisis Awani berkaitan dengan 4 aspek tingkat sistem pendidikan yang dicadangkan oleh Raja Muda Perak yang telah dipengerusi oleh Suhaimi Sulaiman dan seorang jemputan, Dr Roseli pensyarah pengajian pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Ada beberapa maklumat yang boleh dikongsi bersama ialah :

• Di Singapura, sekolah memang dibiarkan bising dan guru akan memberi peluang satu persatu kepada muridnya untuk bercakap. Sedangkan Ia berbeza di Malaysia. Perspektif masyarakat mengatakan sekolah yang senyap itulah sekolah yang terbaik. Guru akan meminta muridnya senyap daripada membuat bising. Dengarnya lunak namun kita membentuk persekitaran tidak normal kepada murid. Pengalaman Dr. Roseli ketika berada di Singapura.

• Seramai 70 peratus rakyat Singapura yang cerdik pandai akan dijadikan guru di sekolah menengah dan rendah. Dasar pendidikan oleh pemerintah Singapura ini adalah untuk masa depan anak bangsanya. Kini, untuk menaikkan taraf pendidikan Universiti National of Singapore, pemerintah republik itu menawarkan gaji yang lumayan kepada pensyarah pakar seluruh dunia untuk berkhidmat di universiti itu. IPTA di Malaysia bagaimana?

• Di Amerika Syarikat, jika anak anda bersekolah tadika di sana, anda akan menemui guru yang berada di bidangnya. Jika seorang guru meminta membuat karangan berkaitan seorang polis, Pegawai Polis akan datang ke tadika dan berkongsi cerita tentang pengalaman dan bidang tugasnya. Begitu juga apabila murid diminta membuat cerpen berkaitan perubatan, seorang doktor pakar akan memberikan syarahan. Pembinaan akademik, intelek, sahsiah pelajar akan dibentuk melalui persekitaran pembelajaran seperti ini. Ia berlainan di Malaysia, seorang guru Bahasa Malaysia, dialah pegawai bomba, polis, doktor, peniaga untuk memberikan maklum pada anak muridnya.

• Di United Kingdom, apabila anak anda ingin belajar berkaitan elektron, sekolah akan pergi ke muzium untuk memberikan peluang kepada muridnya untuk melihat sendiri bagaimana electron dicipta, Thomas Anderson mencipta lampu seterusnya kepada penciptaan electron terkini mengunakan radioaktif berkuasa nano. Praktikaliti pembelajaran yang tidak hanya menggunakan lisan membantu potensi pelajar untuk mengetahui sesuatu ilmu. Jika anda ingin belajar kimia, akan dihantar anda ke makmal kimia yang lengkap melihat prosesnya bukan sekadar lisan di dalam kelas sahaja.

• Pendidikan yang hanya berorientasikan intelek dengan menjadikan peperiksaan sebagai nilai indikator merupakan satu lagi falsafah pendidikan negara Malaysia yang tidak seimbang. Ini diakui apabila hanya nilai intelek sahaja yang ditekankan. Hanya A sahaja menjadi target guru dan murid-muridnya. Nah, akhirnya kita hanya dapat melahirkan muridnya yang membangun daripada sudut intelek, tetapi rendah daripada sudut pembangunan diri, sahsiah, potensi dan kemahiran.

• Modus operandi pendidikan negara yang memerlukan guru menghabiskan sillibus hingga akhir tahun menyebabkan murid terpaksa mengikuti satu-persatu sistem yang dimana walaupun hakikatnya murid boleh pergi jauh daripada itu. Contohnya, di sekolah Cina jika anda pelajar darjah 2, anda akan mempelajari buku teks darjah 3. Begitulah seterusnya, jika anda tingkatan 5 semua muridnya akan mempelajari buku teks tingkatan 6!. Itulah gaya sekolah cina memandaikan anak bangsanya. Saya berkesempatan untuk berbincang dengan beberapa orang guru berkaitan hal ini. Antara hujah yang dapat saya kumpulkan ialah buku teks kebangsaan diselaraskan untuk pelajar di luar bandar, itulah sebabnya pendekatan pendidikannya adalah seperti itu. Satu amaran daripada guru cemerlang di sekolah tempat saya mengajar ialah, jika anda menggunakan buku teks kebangsaan, ia akan membodohkan lagi murid yang anda didik !

Kepada ibu-bapa bukanlah nilai banyak A menjadikan anak anda cemerlang. Kecenderungan dalam sector dan bahagian lain perlu dikoreksi oleh ibu bapa untuk mengetahui potensi seorang anak. Didiklah anak dengan agama agar ia mengetahui hakikat sesuatu ilmu itu berfungsi bagaimana. Sedikit fakta, kini institusi teknikal negara lebih berminat pekerja bengkel mekanik yang berpengalaman bekerja secara praktikal berbanding seorang pensyarah yang selalu tersilap salah dan tidak tahu menggunakan alat dan teknologi di makmalnya sendiri. Antara hujah yang ada untuk melaksanakannya ialah masalah kewangan. Adakah ini alasan yang konkrit untuk pendidikan negara?

p/s :

1) kepada peminat filem intelligent ala forensik, silalah melihat filem “The Bone Collector”. Melihat dan meneliti jalan kisah dan ilmunya sangat mengujakan.

2)
Saya berkesempatan untuk pergi ke surau berhampiran. Ramai jemaah yang hadir. Rupa-rupanya ada majlis bacaan yaasin untuk pelajar yang akan mengambil UPSR. Alangkah baiknya jika ibu bapa yang mahukan anaknya cemerlang selalu dating ke surau untuk berdoa. Bukanlah kehadiran yang ramai ini bersifat bermusin dan hanya ramai apabila ada majlis yang disajikan makanan yang sudah menjadi budaya masyarakat kita.

BERNAS : Di mana beras negara?

2 comments


Dalam berita jam 8 malam tadi, saham 31% yang dibeli oleh Wang Tak Co Ltd (sebuah firma pelaburan yang berpengkalan di Hong Kong) telah dibeli semula oleh orang kaya Bumiputra Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary. Ini menjadikan Syed Mokhtar Shah merupakan pemegang saham dominan sebanyak 70 peratus apabila ditambah 39 peratus yang dimilikinya sebelum ini. Isu penjualan saham BERNAS yang dijual dan dibeli semula, amat mencuit hati saya.

Cuba kita perhatikan, petikan berita BERNAMA bertarikh 29 Julai 2009 , BERNAS menyatakan keyakinan dengan kerjasama erat pihak kerajaan dengan Hong Kong daripada sebarang risiko ke atas penguasaan pelabur asing dalam industri strategik seperti padi dan beras dapat dibendung. Mula-mula perancangan strategik hubungan diplomatik antara Malaysia dan Hong Kong, tetapi akhirnya ditarik semula. Dimana strategiknya itu? Kesian pada rakyat Malaysia yang punyai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani seperti ini. Jika Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa dengan pihak kerajaan menjual 31 peratus saham BERNAS kepada pelabur asing. Pada anda siapakah pengkhianat rakyat Malaysia sebenarnya? apabila sumber asli negara diperdagangkan kepada negara asing? . Teringat kata-kata emas daripada Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim semasa berbicara dengannya bergelar mahasiswa, yang menyatakan bahawa jika sumber asli negara jika diuruskan dengan baik oleh pihak pemerintah sebenarnya boleh menyumbang kepada pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia. Namun, lihatlah dan pandanglah. Apa yang dilakukan oleh pemerintah negara sebenarnya?

Syarikat BERNAS ini dahulunya sebuah syarikat kerajaan bernama Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN), kemudian pada tahun 1996 ia dijenamakan semula dengan nama BERNAS dan berstatus swasta pula. Selepas diasak oleh sentimen bangsa, dan sedar dari mimpi sudah tersilap langkah maka akhirnya pemerintah menyelesaikan masalah ini dengan saham 31 peratus ini dibeli oleh orang kaya bumitputera. Bayangkan jika BERNAS satu badan yang mempengaruhi pasaran beras negara, kini dimiliki 31% bahagiannya oleh sebuah syarikat di Hong Kong. Makanan ruji kita pun nak dimasuk-campur dek negara luar! Maka segeralah pemerintah yang silap mencaturkan strategi ini menarik balik penjualan saham ini.

Berminat dengan cadangan Datuk Paduka Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan semasa Wacana Ekonomi bertajuk "Liberalisasi Ekonomi Malaysia : Dimanakah halutujunya?". Beliau yang mencadangkan supaya kerajaan tidak menarik balik penjualan saham adalah penting untuk hubungan diplomatik dengan kerajaan Hong Kong malah membuktikan keputusan penjualan saham ini adalah keputusan tepat dan bermaruah. Kredit kepada Husam Musa. Risikonya , setiap keputusan sanggup ditanggung.

Wang Tak Co Ltd teruja sangat mahu membeli saham BERNAS kerana yakin dan percaya keuntunggannya. Manakan tidak, BERNAS badan tunggal mengawal harga pasaran beras negara, mestilah faedahnya tidak dapat dinafikan lagi. Datuk Paduka Husam mencadangkan agar, kerajaan agar menambah 2 atau 3 badan lagi yang menjadi badan untuk mengeluarkan beras nasional. Beliau yakin dan percaya syarikat Wang Tak Co Ltd tadi , akan menjual semula saham yang dibelinya. Ini kerana tahu pembeliah sahamnya punyai pesaing. Strategik sungguh cadangan Datuk Paduka Husam selaku bekas graduan Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya. Bukan sekadar, saham dapat semula, kerajaan akan dapat hasil beras yang baik hasil persaingan yang sihat apabila badan pasaran beras negara akan cuba melakukan yang terbaik untuk rakyatnya.

Sekadar perkongsian ilmu bagi mereka yang menjadikan nasi sebagai makanan ruji dalam kehidupan. Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga habis.

Aku bergelar graduasi Universiti Malaya 2009

4 comments



Tanggal 12 Ogos 2009 merupakan tarikh keramat kepada graduasi UM yang berjaya menanamatkan pembelajarannya. Dikesempatan ini, saya mengucapkan tahniah kepada semua rakan seperjuagan yang telah sama-sama menimba ilmu dan menempuh cabaran dan dugaan semasa pengajian berlangsung. Sedikit perkongsian ialah 2 impian yang saya idamkan terlaksana sebelum bergelar graduasi. 2 impian yang telah diizinkan olehNya ialah :

1) Dapat berkonvokesyen ketikamana Majlis Perwakilan Mahasiswa diperintah oleh rakan-rakan sahabat Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM).

2) Dapat menyahut cabaran ayah untuk mendapat PNGK 3.00 keatas.
Semua nikmat yang diberikan Allah kepada hambanya perlulah disyukuri. Satu lagi langkah selepas bergelar graduasi yang mencabar dan penuh dan onak dan duri. Moga Kau kuatkan diriku ya Allah...

Rasuah bermula sejak Pemerintahan Melayu Melaka lagi

2 comments


Jika diperhatikan secara jelas daripada penelitaian saya membaca Sejarah Melayu Melaka, semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah memerintah sudah terdapat unsur yang cukup luas berkaitan dengan rasuah yang diamalkan oleh pembesar-pembesar Melaka. Perkara ini mengecewakan saya kerana apabila membaca sejarah, saya dapat membuat kesimpulan ringkas mengapa pengamalan rasuah ini masih berleluasa di Malaysia ini. Beberapa data dan fakta sejarah dilampirkan untuk rujukan pembaca blog ini :

1) Sultan Mahmud Syah diantara pemerintah yang tidak mengambil berat dan tidak memberikan keutamaan kepada pentadbiraan Kerajaan Melaka. Akibatnya, baginda gagal mengawal pembesar-pembesar Melaka seterusnya membiarkan ramai pembesar mengamalkan rasuah.

Huraian :

Pada ketika itu, pedagang yang ingin berdagang ke Melaka mestilah memberikan hadiah kepada pembesar tertentu tanpa pengetahuan Sultan Melaka. Perangai Bendahara Tun Mutahir menaikkan kadar cukai sewenang-wenangnya menyebabkan pedagang tawar hati berniaga di Melaka seterusnya kemelesetan ekonomi negara jatuh merudum.

Ulasan penulis :

Fakta kes sejarah ini membuka mata saya tentang makna sejarah pada generasi muda. Perkara ini telah berlaku dan direkodkan, namun jika ana mengikuti isu dan polimik yang berlaku di negara tidak tumpah sepertimana Melaka yang menuju ke zaman kehancurannya. Perangai dan sifat buruk rasuah ini berleluasa tanpa batasan dengan cukai dinaikkan dan pemerintah yang pandang sebelah mata berkaitan kes ini. Sejarah telah membuktikan, mengapa terus berlaku? adakah ini amalan orang Melayu? atau nilai rasuah yang tidak dapat dipisahkan dalam bekerja? Pada saya, sejak zaman pemerintahan Melaka, rasuah ini telah menjadi darah daging pembesar negara sehingga penyakit ini berlarutan pada menteri-menteri di Malaysia. Butakah mereka?

2) Lantaran tidak keprihatinan dan tidak peduli Sultan Mahmud Syah pada pembesar telah wujudnya dua kumpulan saling bermusuhan dalam pemerintahannya iaitu puak tua dan muda. Perkara ini melarat sehingga melemahkan pentadbiran Melaka.

Huraian :

Krisis dalaman ini berlaku lantaran harta kekayaan bumi Melaka menjadi rebutan pembesar daripada puak muda dan tua. Akibatnya, kesempatan krisis dalaman yang berlaku memberikan peluang kepada musuh iaitu pedagang asing seperti pedagang dari China dan India telah menyampaikan maklumat kepada Pemerintah Portugis untuk menyerang Melaka. Ditambah pula, pembelotan yang berlaku kepada askar upahan Jawa yang melarikan diri ketika Melaka diserang oleh Melaka sedangkan mereka berada dalam Kementerian Hulubalang Melaka. Faktor ini menyebabkan Melaka tiada pertahanan yang kuat yang menyebabkan Portugis berjaya menjajah Melaka. (saya akan huraikan pada artikel akan datang permintaan Portugis kepada Melaka)

Ulasan penulis :

Permasalahan berbentuk dalaman yang tidak diselesaikan dengan baik memberikan makna kepada musuh memerhatikan krisis ini berlaku. Bak kata Sun Tzu, serangan paling tajam ketika musuh bergaduh sesama sendiri. Teori inilah yang diamalkan oleh Protugis menjatuhkan Melaka. Perkara yang menyedihkan saya, lantaran daripada kelemahan pemerintah menyebabkan ramai pembelot wujud dalam negara. Perkara ini serius berlaku kerana mereka yang bekerja dibawah intitusi pemerintah tidak mendapat gaji dan upah yang sebenar. Perkara ini berlaku dalam negara kini, penjawat awam masih tidak dinaikkan gaji hatta harga asas makanan naik. Mungkin mereka tawar hati dan berpaling tadah dengan sikap pemerintah seperti ini.


3) Akibat tidak dapat mengawal kelembapan ekonomi dan kehancuran yang akan berlaku pada Kerajaan Melaka, Sultan Mahmud Syah telah memberikan tugas sultan kepada putera baginda yang bernama Sultan Ahmad Syah yang tidak berpengalaman dan masih muda.

Huraian dan Ulasan penulis :

Akibat permasalah yang berlaku semakin memuncak, untuk melarikan diri daripada masalah. Sultan Mahmud Syah tidak menyelesaikan bahkan menambah masalah dengan melantik putera rajanya yang setahun jagung untuk memerintah Melaka. Langkah bodoh ini menambah kredit kepada Portugis untuk menjajah Melaka. Pada hemat saya, pemimpin yang bertanggungjawab ialah yang berusaha untuk menyelesaikan masalah bukan melepaskan permasalahan ini pada orang lain.


Sejarah Melaka Part 1

2 comments


Sudah lama benar tidak mengisi ruang blog ini lantaran lebih benyakkan menggunakan facebook untuk bertemu kawan dan sahabat handai disamping mengulas beberapa pandangan yang dilontarkan dalam ruangan facebook. Ia sangat mengujakan saya sehinggakan meninggalkan blog sendiri.

Baru-baru saya ada membaca buku "Malaysia Kita" untuk mengetahui dasar dan polisi negara. Oleh kerana buku tersebut laksana kamus tebal, saya agak berkira-kira untuk membaca buku itu daripada kulit ke kulit. Ada beberapa fakta yang memberi makna kepada saya :

1. Kerajaan Melaka merosot antara faktornya ialah kematian Tun Perak pada 1498. Jika anda membaca sejarah Melaka anda akan mendapati figura seperti Tun Perak sangat penting dalam memastikan Melaka gah dimata dunia. Apa tidaknya, beliaulah yang berjaya meluaskan tanah jajahan bagi Melaka. Jawatannya disandang Tun Putih yang tua dan hanya mampu bertahan menjadi Bendahara Melaka selama 2 tahun sahaja. Seterusnya diambil alih oleh Tun Mutahir daripada puak Tamil-Islam.

Kupasan :

Antara kelemahan sesuatu parti/gerakan/jemaah/pasukan adalah disebabkan tidak mampu melahir tenaga pakar sepertimana generasi sebelumnya. Jika anda perhatikan, kelemahan Melaka adalah tidak mampu melahirkan Bendahara Melaka setanding Tun Perak ketika matinya dia. Lantaran jawatan itu diberikan kepada mereka yang tidak mampu memimpin. Nah, hasilnya ia menyumbang kepada kejatuhan Melaka di tangan Portugis. Perkara ini dititikberatkan kerana sumber dan fungsi kekuatan sesuatu gerakan adalah kaderisasi. Ketidak konsisten dalam melahirkan generasi yang boleh memimpinlah menjadikan sesuatu gerakan itu lemah dan tidak bernilai. Mungkin hari ini memimpin dengan gahnya tetapi jika diketepikan nilai kaderisasi ini. Pasukan yang kuat adalah pasukan yang berjaya membentuk generasi yang meneruskan agenda pasukannya. Jika hanya 1,2,3 figura yang kehadapan tetapi ahlinya tidak kehadapan, lihat 1 atau 2 tahun kehadapan. Jika krisis ini tidak dapat dibendung maka gelablah pasukan itu. Maka pastikanlah sistem kederisasi ini berjalan dengan baik.

Saya akan mengulas lanjut sejarah melaka daripada perspektif saya. Mungkin ia biasa, tetapi sekurang-kurangnya ia dengan menaip di dalam blog ia memberikan ingatan besar kepada saya dalam menghayati sesuatu ilmu.

Demokrat Liberal VS Demokrat Islam

0 comments

Saya berkesempatan untuk ke Free Public Forum yang diadakan di Kuala Lumpur Chinese Assembly Hall (KLCAH). Kehadiran saya memang lewat dan banyak tertinggal topik yang dibincangkan. Agak rugi sebenarnya tidak mendengar daripada mula forum ini berlangsung. Tajuk berbincangan forum ini berkaitan dengan “ Demokrat Liberal ( Pak Khalid Jaafar) VS Demokrat Islam ( YB Dr. Dzulkifli Ahmad ).

Saya ringkas sedikit ilmu untuk tatapan pembaca blog yang dapat dan difahami ketikamana saya duduk sebentar di forum ini berdasarkan kenyataan ahli panel yang hadir.

Pak Khalid Jaafar


1. Pak Khalid ini memberikan salah anggap masyarakat berkaitan maksud liberal itu sendiri. Liberal itu bermaksud terbuka, memerikan ruang dan peluang kepada manusia. Beliau dengan jelas menyatakan bahawa beliau kini seorang yang liberal (dengan jujur dan ikhlasnya).


Penghuraian ringkas :


Hanya mereka yang anti-liberal saya melebelkan orang liberal sebagai neo-liberal dan mencadangkan kepada semua jangan hanya sekadar membaca buku yang anti-liberal tetapi bacalah buku dari pengasasnya seperti John Lock dan Adam Smith.


2. Kita memerlukan sebuah negara yang aman dan bebas supaya tidak berlaku sepertimana Soviet Union yang berkuasa pada suatu masa dahulu tetapi kini musnah lantaran menyekat hak kebebasan.

Penghuraian ringkas :

Kebebasan itu diperlukan dimasakini dan pemikiran dan gaya ideologi yang menyekat hak kebebasan ini akan menyebabkan negara akan musnah dan tidak aman.

3. Demokrasi liberal mengamalkan limited government. Ini kerana unlimited government membuka ruang kepada kezaliman itu berlaku. Kita akan sentiasa tidak akan mendapat keadilan yang kita boleh lakukan adalah dengan membuang ketidakadilan satu persatu.

Penghuraian ringkas :

Inilah salah satu model liberalism memerintah dengan menghadkan kuasa yang ada pada ahli-ahli yang berhormat. Ini adalah kerana mereka berpandangan kuasa yang banyak menyebabkan luasnya kezaliman itu berlaku.

4. Sinis dalam menghuraikan kenyataan Dr. Dzulkifli berkaitan pengistilahan Lighten Conservatif untuk membezakan diri dangan liberalisme dan sosialisme.


Penghuraian ringkas :


Menyamakan pemikiran Dr. Dzulkifli jika di Amerika Syarikat akan memilih John Mc Cain sebagai Presiden Amerika Syarikat dan tidak memilih Obama. Ini kerana pengistilhan lighten itu sendiri adalah gaya pemikiran kelompok Mc Cain.

YB Dr. Dzulkifli Ahmad


1. Islamist (aktivis islam) kini tenggelam dengan ideologi liberalism dan sosialisme dalam arus idelogi kini sehinggakan keperluan menggunakan laras bahasa yang berbeza untuk membezakan diri dengan kelompok liberal dan sosialis.


Penghuraian ringkas :


Aktivis islam lemah dan gagal meng identitikan kefahaman mereka secara jelas sehinggakan dominasi ideologi liberalis dan sosialism dalam masyarakat di Malaysia.


2. Kegagalan bagi aktivis islam adalah selesa dengan keadaan selesa menyakinkan anak usrah dengan penggunaan pengistilahan bahasa yang umum seperti “kita berbalik dengan al-Qur’an dan Sunnah”. Sedangkan penghuraian secara impirikal itu diabaikan.

Penghuraian ringkas:

Penjelasan sacara fact dan figure masih samar dalam penghuraian Islam sebagai cara hidup dalam aspek ekonomi, pendidikan, sosial dll. Model-model daripada sudut islam dalam setiap aspek kehidupan masih tidak meyakinkan masyarakat di Malaysia.

Kesimpulan :

1. Kekuatan yang dimiliki oleh golongan liberal dan sosialisme aialah daripada sudut penguasaan ilmu dalam pelbagai disiplin ilmu (multi-disipline). Penghujahan yang bersifat imprikel dan model-model dalam kehidupan manusia yang diaplikasi kini. Oleh itu, aktivis ilslam juga perlu menyiapkan diri untuk menambah ilmu dan menajamkan gaya pemikiran mereka.

2. Kita berdepan dengan golongan yang bergelar Muslim tetapi berbeza ideologi secara asasnya. Perkara inilah yang perlu kita berdepan sepertimana yang Yb Dr. Dzulkifli Ahmad lakukan dalam forum seperti ini. Beliau menekan bahawa seorang Islamist juga berani dan bebas berhujah dengan penghurai secara impirikal berdasar al-Qur’an dan sunnah.

3. Bila berada dalam forum rasalah betapa hina dan bodohnya diri dalam penguasaan ilmu. Dan kita sangat kekurangan aktivis islam yang komited dan berdaya saing berdepan dengan golongan seperti ini.

4. Mereka (liberalism dan socialism) sudah berlari pantas membincangkan isu yang besar dan dalam masa yang sama merancang untuk menawan Malaysia. Kita? Masih mencari atau sedang berjalan?

5. Tahniah diucapkan kepada YB Dzulkifli Ahmad berani mengadakan forum yang mencabar daya intelektualisme penonton yang hadir dalam menghayati cabaran aktivis islam mendepani golongan seperti ini. Inilah satu cara atau langkah juga permulaan untuk melebarkan sayap kefahaman berkaitan menuju sebuah Islamic State suatu masa nanti. Saya sengaja meletakkan isi Pak Khalid banyak berbanding Dr. Dzulkifli kerana penekanannya pada golongan liberal. Adakah kita bersedia berhadapan dengan mereka?